Thursday, 3 May 2012

SEJARAH KAMPUNG


Kampung Pulai terletak lebih kurang 1 kilometer dari Pekan Gopeng dan Utara 25 kilometer ke Bandaraya Ipoh dan selatan 24 kilometer ke Pekan Kampar. Menurut cerita orang dahulu Kampung ini diteroka pada sekitar tahun 1900.
Pada tahun tersebut pendudukpenduduk Kampung Rawa Gopeng yang terdiri dari pelbagai etnik seperti Orang Rawa, Orang Mendeling dan Orang Perak. Orang Perak telah memohon kepada pihak Inggeris agara mereka dipindahkan ke sebuah penempatan yang baru kerana mereka tidak sesuai tinggal dengan bangsa Cina dan India yang dibawa masuk oleh Inggeris untuk bekerja sebagai buruh lombong sebagai binaan jalanraya.


bangsa Mendeling dipindahkan ke satu penempatan dan Orang Perak ke Kota Bahru, Perak, maka tinggallah orang-orang Rawa sahaja yang menerokai penempatan baru ini yang kemudiannya dinamakan Kampung Pulai.


Menurut cerita penempatan baru yang mula diteroka oleh orang Rawa ini adalah berasal dari Tanah Sumatera dan bahasa daerah yang digunakan oleh mereka lebih kepada bahasa Rawa sehingga kini.


Menurut cerita lagi secara lisan dari orang-orang tua, Kampung Pulai diambil dari nama sebuah pokok iaitu "Pokok Pulai" yang banyak tumbuh liar di merata tempat terutama di kawasan paya. Sehingga kini masih ada lagi sebantang Pokok Pulai yang rendang tumbuh di kawasan paya yang dahulunya adalah tanah perlombongan dan kini kawasan tersebut telah dijadikan sebagai kawasan tapak perumahan.

Pada masa itu terdapat sebuah Surau di kampung untuk penduduk kampung Pulai beribadat dan ianya terletak di sebuah penempatan bernama Kampung Pulai SC Dua (2) kampung ini dipisahkan oleh sebatang jalanraya menuju ke Utara dan Selatan. Kini surau tersebut telah dipindahkan di Kampung Tersusun Kampung Pulai.

Mata pencarian penduduk ketika itu adalah sebagai buruh lombong bijih timah Osborue & Chappel -chappel Consolidated. Ada yang bekerja sendiri seperti bersawah padi dan lain-lain pekerjaan mengikut kemahiran penduduk tersebut.

Tiada kemudahan asas yang sempurna ketika itu dan pada waktu malamnya pula setiap rumah diterangi cahaya dengan lampu-lampu gaslin ataupon pelita minyak tanah.

Gulai nangka dan kelamai adalah makanan tradisional dan menjadi kebanggan orang-orang Rawa walaupun masakan kelamai sehingga kini kian pupus.

Kini Kampung Pulai telah menampakkan banyak perubahan yang ketara dibandingkan puluh tahun yang lalu. Dari segi ekonomi dan infrastruktur telah banyak berubah. tambakan tanah-tanah kawasan lombong sisekitar Kampung Pulai yang telah dijadikan kawasan perumahan dan lot-lot tanah telah diberi hak milik tetap kepada penduduk.

Ramai penduduk kampung pada masa ini yang menjawat jawatan yang tinggi samada di Jabatan Kerajaan ataupon di peringkat swasta. Kampung ini telah membangun hasil dari projrk-projek yang telah dilancarkan oleh kerajaan

No comments:

Post a Comment