Matlamat:
Mewujudkan sebuah masyarakat kampung yang aktif dalam kegiatan ekonomi dan pengeluaran hasil, Usahawan dan industri
i. Menggalakkan penduduk kampung berusaha
melalui perniagaan, perusahaan dan
pengeluaran dalam bidang industri.
ii.Mendapatkan peluang dan latihan kerjaya
perniagaan.
iii.Kerjayaan yang di perolehi dapat menyumbang
semula untuk pembangunan kampung.
1. Kedai Runcit
- 1983 – Berniaga secara kecil-kecilan menjual makanan ringan dengan modal cuma RM 38.30
-
2006 - Menjalankan perniagaan kedai runcit sehingga sekarang tanpa bantuan daripada mana-mana pihak
Cita-cita
- Ingin membuka sebuah restoran makanan
2. Pengusaha: Zamuri Bin Zulkifli
- Menjalankan perniagaan Makanan dan minuman
- Mula membuka perniagaan pada 1.7. 2007 dengan modal RM
25,000.00
-
Mempunyai 2
orang pembantu.
-
Pendapatan bulanan lingkungan
RM 5,000.00
-
Rancangan pada masa hadapan membuka sebuah Restoran tetap yang stategik
3. SYARIKAT PUSPA
- Nama Pengusaha :
Alias Bin Mohd Yusof
- Akademik : Vokasional
Ipoh
- Menjalankan perusahaan kenderaan dan motor di Ipoh dan Pulau Pinang pada tahun 1980
- Kembali ke Perak pada tahun 1990 dan membuka perniagaan sendiri.
- Mempunyai 2 orang pekerja
Cita-cita dan Matlamat
- Mengajar anak-anak muda kampung yang menganggur di dalam pembaikan kenderaan dan motor.
4. Makanan Sejuk Beku
- Nama Syarikat: Alfa Kilo
Enterprise
- Nama Pengusaha: Khadijah Binti Elias
-
Pada 1999 membuka sebuah warung makanan dan minuman di hadapan rumah. Kemudian telah membesarkan perniagaan kepada perusahaan makanan sejuk beku (Frozen Food) dengan modal permulaan sebanyak RM 10,000.00
Produk-produk
yang diusahakan antaranya adalah :
- Karipap
- Samosa
- Cucur Badak
- Popia
- Roti Canai
- Murtabak
- Kasturi dan lain-lain
- Produk tersebut di bekalkan kepada kedai makan ,Restoran-Restoran, Hotel Sri Malaysia, Hotel Hill Citi,Ritz Citi, orang-orang perseorangan dan Caterer –caterer
-
Pekerja – 4 orang
-
Purata pendapatan RM10,000.00 sebulan
-
Cita-cita dan matlamat dimasa hadapan ingin mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan-cawangan.
5. Industri Asas Tani
Nama Syarikat : Gemilang
Agro
- Gemilang
Agro di usaakan oleh En.Idris bersama keluarga.
- Diusahakan pada tahun 2003 dengan modal permulaan RM12,000.00
Pasaran
- Beliau telah memasarkan produk ke pasar sekitar Gopeng, Restoran-restoran dan pada individu perseorangan
- Tahun 2010 mendapat bantuan dari Pejabat Pertanian sebanyak
RM 3,000.00 diatas usaha JKKK Kampung Pulai
-
Pendapatan bulanan melebihi
RM 1500.00 sebulan.
6. Nama Perniagaan: Rahim Aquakultur
Pengusaha: Abdul Rahim Bin Nasir
dan Ramlah Binti Nasir
- Mula bergiat: 2009
-
Modal Permulaan: RM 20,000.00
-
Jenis Ternakan”: Ikan keli (2009) Ikan puyu (2011) Ternakan dijalankan secara kolam simen (konkrit).
-
Jumlah kolam: 20 buah @ 8ka x 15ka
-
Jenis peralatan
yang digunakan: mesin pam air, sistem aliran air keluar / masuk menggunakan paip
-
Pasaran: Menjadi pembekal kepada Pemborong
-
Pendapatan: RM2000.00 sebulan secara purata
Rancangan masa hadapan:
- Luaskan perniagaan:
- Tambah bilangan kolam
- Kawasan yang mencukupi
- Meneliti anak benik ikan puyu yang lebih berkualiti
Berkerja sama dengan JKKKK:
- Bantuan modal kewangan ambahan (Majlis Pertanian Parlimen Negeri Perak)
- menghadiri mesyuarat bersekala tiap dua bulan
- Luaskan kawasan pemasaran